Tuesday, 2 September 2014

SUATU KETIKA DAHULU PART 2

berbalik pd cerita sebelum ni, masa darjah 6 nak upsr kan.. cikgu2 suruh beli buku amali. aq xde duit dan aq tak pernh mintak pun kat mak nak beli buku..lepastu cikgu sains ni agak garang sikit dye suh bukak buku amali nak tgok kerja siap ke tidak.. aq punya takut masa tu, terpaksa lah berbohong..

pura2 sakit perut, kebetulan aku aq ni ketua pengawas perasan.dya pun ajak jumpa guru bertugas masa tuh, aq pun pergilah.. tup2 cikgu sains aq yg bertugas.. hah seram gak r bila dye kata jom g klinik.. masa g klinik doktor tanya sakit apa aku ckp lah sakit perut terus doc tu bg ubat..

pastu masok klas, baring je kat meja..fuhhh pembohongan pertama berjaya. apa yg aq pasti cikgu2 x tanya aq pun mana buku sebab cikgu sendiri tahu keadaan aku sekeluarga.. cuma yg pasti aq selalu kena panggil dgn guru besar bila nak bayar duit yuran.. aq pun hanya senyap je r..

masa upsr result, aq hanya mampu tersenyum je walau apa pun keputusan aq terima.. Alhamdulillah, aq dpt keputusan yg x mengecewakan. bila masok sek meng plak, perngai still lagi cm budak2.. baju sek aq xyah beli sbb dpt bantuan setiap tahun termasok beg dgn kasut.. kasut lekap lah kan.

mcm biasa aq yuran lah masalah nya.. sampaikan cikgu kelas aq sanggup terima duit setiap hari seringgit dr aq. xpun 50sen sehari.. aku balik sek jalan kaki, pergi jalan kaki.. pling sunyi waktu pg sbb xramai yg lalu jalan semak tuh.. nak xnk kena lah lalu jalan tuh..

dan perangai aq paling sakit hati sakit mata masa aku sek men nilah..
selalu buat perangai

SUATU KETIKA DULU PART 1

assalam..

aq rasa baik aku mulakan bicara ptg ini dgn menceritakan sedikit tentang sapa aku yang sebenar..

aq dilahirkan dlm keluarga yg sederhana, mempunyai adik beradik yang ramai..
aq ank last drpd 10 org adik beradik. aq ada 6 org kakak termasok aku dan 4 org abg.. walau bagaimanapun, aq mempunyai 2 org kkak istimewa(OKU).
Ayah cuma seorang peneroka getah di jelai negeri sembilan, mak pulak seorang suri rumah sepenuh masa.

bercerita kisah aku yg dulu, bukan seperti sekarang yg mampu berpakaian mewah, bergaya, boleh tgok astro, boleh main wasap dan wechat.. dulu kehidupan agak sempit dek kerana kemiskinan kami sekeluarga.
mak tanam sayur bg tampung kami anak2 yg masih kecil.

pernah dulu mak dan abang pergi ke kebun jalan kaki..aq tak tahu bape jauh dr rumah ke kebun. abg aku masa tu baru darjah 3or 4.. sorang lagi dlm belasan tahun. kakak aku 2 org dibela oleh pak teh aq. motor pun kami xde masa tuh..
 ingat lagi dulu nak tengok tv, tompang jiran sebelah kat tingkap.. kadang2 dieorang pun marah lah jugak sampai time kitaorang dtg nak main, sume tgok tv pastu x kuar2 main.. hahaha..
kami adik beradik x de perasaan masa tuh, main tgok je.

nasib sek dekat, jalan kaki je..dekat sekolah aq dgn abg aq 2 org sek.. mak bg seringgit share 3. so aq amik 40sen, abg aq yg lagi dua tuh amik 30 sen sowang.. bila rehat abg aku xmkn lah, sbb pg tuh dye dah beli.. aku plak dpt RMT.. makanan percuma untuk anak2 kurang mampu..
duit tu aq simpan untk sek agama petang plak.. 



assalam..
kembali lagi aq menulis blog ni bg musim yg baru..